Translate

Wednesday, January 13, 2016

Tema 1 :Pencapaian Kendiri



HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir unit ini,murid dapat: 

-Menerangkan ciri-ciri wawasan diri. 
-Menghuraikan kepentingan wawasan diri. 
-Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri. 
-Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi. 


Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri[1]

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
  • tanggapan diri seseorang individu
  • proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
  • Menghargai
  • Memuji orang lain
  • Puas hati dengan pencapaian
  • Murah hati
  • Mudah berkawan
  • Puas hati dengan dirinya
  • Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
  • Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
  • Cenderung untuk merasa salah
  • Takut kepada kegagalan
  • Sering merasa bimbang
  • Cepat berkecil hati walaupun melibatkan masalah kecil
  • Pencapaian akademik yang rendah
  • Tidak gemar kerja mencabar
  • Kurang keyakinan pada diri sendiri
  • Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
  • Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti
                                        Wawasan   Diri 
      









Kehidupan tanpa matlamat ibarat membiarkan diri kita terumbang-ambing dibawa arus tanpa arah dan tujuan.

Aspek dalam pembinaan wawasan diri:
1. Mengenal kekuatan dan kelemahan diri
2. Menyedari minat peribadi(sesuai dengan jiwa dan keinginan seseorang/personaliti
3. Memahami personaliti diri
Tips lain:
1. meyenaraikan kejayaan(boleh menggunakan buku peribadi)bagi mengenal pasti kejayaan diri yang paling cemerlang
2. pastikan nilai-nilai hidup yang boleh dijadikan pegangan hidup

WAWASAN DIRI terbahagi kepada MATLAMAT, RANCANGAN dan TINDAKAN.

Matlamat:


1. bukan angan-angan, boleh dicapai
2. bersesuaian dengan minat dan kebolehan


Rancangan:


1. merangkumi tindakan yang harus diambil
2. meggariskan peringkat-peringkat tindakan


Tindakan:


1. pelbagai usaha yang dilakukan dengan gigih dan bersikap positif
2. berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh
3. menilai rancangan dan tindakan, peringkat demi peringkat


Kegagalan hanyalah Kekangan(halangan sementara)


1. Mengahadapi dan mengatasi cabaran dapat membina personaliti seseorang
2. Cabaran dapat diatasi dengan keyakinan dan sikap yang positif


 Ciri-ciri wawasan diri:-    

     -Jelas dan mudah difahami.
    -Peka terhadap tuntutan dan peluang.
    -Asli dan lahir daripada keinsafan diri.
    -Semangat dan tekad yang kuat.
    -Benar-benar diperlukan.
    -Daya dorongan diri yang teguh.


 Langkah-langkah Mencipta Wawasan Diri
   


      -Menggambarkan wawasan diri
     -Menetapkan hala tuju
     -Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri
     -Usaha yang cemerlang
     -Sikap yang berwawasan
     -Matlamat Wawasan Diri Tercapai


 Kepentingan mempunyai wawasan diri:


     -Menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.
     -Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
     -Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan.

    - bersedia untuk mencapai sesuatu matlamat(perancangan,strategi,usaha)
     - bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai masalah
     -  membuat penilaian (pencapaian rancangan,strategi,usaha) supaya dapat diperbaik


IMBAS KEMBALI

A. WAWASAN DIRI


- Bermaksud pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting untuk diri sendiri.

B. HALA TUJU


- Merupakan matlamat hidup dan sesuatu sasaran yang ingin dicapai dalam hidup. Hala tuju yang ditetapkan perlulah seiring dengan minat, nilai diri, dan pencapaian diri.


C. MERANCANG HALA TUJU DIRI


- Memilih jurusan yang sesuai semasa di Tingkatan Empat dan Tingkatan 
Lima.
- Mengambil mata pelajaran yang sesuai.
- Mendapatkan maklumat tentang bidang wawasan diri yang diinginkan
- Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di university

.
D. USAHA YANG CEMERLANG


-Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
-Mengurus masa dengan baik agar aktiviti yang berfaedah dapat diusahakan untuk menuju matlamat yang ditetapkan
-Membuat jadual waktu diri dan mematuhi jadual tersebut dengan berdisiplin.



E. SIKAP YANG BERWAWASAN

 
- Berilmu pengtahuan 
- Tidak mudah mengalah 
- berdaya saing
- Berkemahiran tinggi
- Dinamik dan proaktif
- Berinovatif
- Berkongsi ilmu
- Beriltizam
- bersemangat patriotism










1 comment:

  1. Saya amat menghargai penilaian trehadap kendiri yang seutuhnya.

    ReplyDelete